TIPS DAN LANGKAH-LANGKAH TEMUJANJI YANG SEMPURNA

TIPS DAN LANGKAH-LANGKAH TEMUJANJI YANG SEMPURNA

Boleh dikatakan setiap pasangan menginginkan satu temujanji yang sempurna. Tidak kira samada pasangan anda seorang yang girlish, adventurous, artistik atau romantik, banyak pilihan yang boleh anda rancang untuk temujanji anda. Jangan sesekali terburu-buru dalam merancang, ianya bakal bertukar kepada sesuatu yang mungkin tidak kita ingini.









TIPS 1 : PERANCANGAN AWAL

Berikan pilihan pada pasangan temujanji anda. Haruslah anda faham, kita hidup di dunia yang ahak sibuk. Tidak semestinya waktu yang anda tetapkan adalah waktu yang sesuai buat si dia. Cadangkan beberapa tarikh yang spesifik. Ini menunjukkan anda prihatin terhadap jadual pasangan temujanji anda dan si dia akan merasa dihargai.

  1. Tanyakan pasangan anda dengan ayat mudah, “Awak lapang pada hari Jumaat atau Sabtu?” Berikan pilihan, pada masa yang sama nyatakan pilihan anda. Ini akan menunjukkan yang anda menghormati jadual pasangan anda, pada masa yang sama mampu untuk membuat perancangan.
  2. Jika sudah tetapkan hari, tanyakan pula waktu yang sesuai. Adakah pada hari minggu atau malam minggu misalnya. Ini menunjukkan anda seorang yang fleksibel terhadap masa dan kebanyakan orang sangat menyukai seseorang yang fleksibel.

Sesudah anda dan pasangan menetapkan tarikh, hari dan waktu yang sesuai untuk keluar bersama, tanyakan pula tempat seperti apakah yang pasangan anda ingin lawati. Ini menunjukkan anda benar-benar mengambil berat terhadap apa yang disukainya.

  1. Tanyakan kepada si dia samada mahukan temujanji indoor atau outdoor. Adakah pasangan anda mahukan sesuatu yang mengujakan atau menenangkan. Jawapan si dia akan memberikan idea untuk anda merancang sesuatu.
  2. Jika anda menyuarakan pendapat, janganlah terlalu terbuka. Apa yang dimaksudkan disini ialah wujudkan sedikit ruang untuk berahsia, supaya anda boleh menyediakan sesuatu diluar dugaan. Surprise!

Jangan lupa membuat tempahan! Untuk rancangan temujanji yang sempurna, anda haruslah membuat tempahan awal untuk memastikan rancangan pada tarikh dan waktu tersebut tidak sia-sia. Restoran, taman tema, ataupun taman negara, sila pastikan anda telah mendapatkan tiket untuk anda dan pasangan. Jika tempat yang anda rancang untuk pergi itu tidak melibatkan pembelian tiket, sila pastikan anda ada rancangan tambahan just in case rancangan asal tidak berjalan seperti sepatutnya.

Seterusnya, anda harus maklumkan rancangan temujanji anda kepada pasangan anda.Berikan idea dan gambaran tentang apa yang bakal anda berdua bakal lakukan supaya pasangan anda dapat bersedia dari segi pakaian yang sesuai. Jika temujanji anda melibatkan roller coaster dan haunted house, takkan hendak biarkan pasangan anda menjerit sewaktu mengenakan gaun singkat kan?

Pilih lokasi berikutnya, jika temujanji anda berjalan lancar, tiada seorang pun daripada anda atau pasangan mahukan ianya berakhir begitu cepat. Sebaliknya pergilah ke tempat yang telah anda rancang ini untuk temujanji lanjutan, cukuplah sekadar menghabiskan masa berbual kosong sambil menceritakan perkara lucu yang terjadi sewaktu temujanji awal anda tadi.
TIPS 2 : KREATIF DENGAN RANCANGAN ANDA

Elakkan dari pergi menonton wayang. Mengapa? Kerana ianya menyekat perbualan anda dan pasangan temujanji. Jika anda banyak bercakap, bakal menggangu pengunjung lain pula. Jika masing-masing senyap, apa yang hendak anda bualkan tanpa berkata-kata? Temujanji yang ideal ialah temujanji yang membolehkan anda berinteraksi dengan pasangan anda tanpa gangguan. Jadi, pilihlah lokasi yang membolehkan anda berdua berkomunikasi.

Keluar dari kebiasaan makan malam, tukarkannya menjadi sesuatu yang menyeronokkan! Daripada pergi ke restoran makan malam yang biasa, apa salahnya rancang sesuatu di luar kebiasaan untuk menjanjikan suatu memori indah dapat dibawa pulang sebagai kenangan.

  1. Pergi ke kelas memasak bersama. Masak bersama boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan, interaksi dalam pertukaran pendapat dalam masakan menjadikan makan malam anda lebih indah untuk dikongsi bersama.
  2. Pergi ke beberapa restoran untuk sajian makan malam. Boleh saja anda ke restoran A untuk menikmati pembuka selera, dan seterusnya ke restoran B untuk hidangan utama. Jangan akhirinya di situ, teruskan ke restoran C untuk hidangan pencuci mulut.
  3. Anda juga boleh mencuba seleksi-seleksi street food atau food truck yang semestinya menjanjikan kelainan di kawasan berhampiran anda. Ini merupakan langkah yang bijak untuk anda perkenalkan budaya makanan kawasan tempat tinggal anda kepada pasangan anda.

Terokai wild side anda dan pasangan. Jika temujanji anda ialah rancangan untuk sesuatu yang mengujakan, anda membuat pilihan yang bijak!

  1. Cuba bungee jumping, rock climbing, ataupun jangan risau dibasahi air sewaktu berkayak. Contoh-contoh aktiviti ini merupakan antara contoh untuk temujanji yang mengujakan dan akan penuh dengan gelak ketawa.
  2. Jika pasangan anda bukanlah seorang yang lasak, anda boleh cuba ke golf range ataupun berlumba di litar go-kart.












TIPS 3 : JAGA KELAKUAN SEWAKTU TEMUJANJI

Look at your best and dress appropriately. Pilihlah sesuatu yang anda rasakan selesa dan kemas. Lebih selesa anda dengan pakaian anda, lebih menawan anda bakal kelihatan. Jangan pakai sesuatu yang tidak selesa semata-mata ianya kelihatan cantik di mata, kerana pasangan anda mungkin akan perasan yang anda tidak selesa nanti.

Tepati masa temujanji anda! Jangan sesekali muncul lewat kerana ianya meninggalkan pandangan negatif kepada pasangan anda. Mungkin juga pasangan anda akan memikirkan yang dirinya tidaklah sepenting yang si dia sangkakan.Semestinya kita tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku. Jika terdapat masalah sewaktu hendak keluar bertemujanji, maklumkan pada pasangan anda dengan segera. Sebolehnya beri anggaran masa yang anda perlukan untuk sampai ke lokasi dengan tepat. Sesudah sampai, haruslah anda mohon maaf dan menerangkan secara jujur apa yang berlaku sehingga menyebabkan anda lewat ke temujanji.

Beri perhatian kepada pasangan anda. Dengar segala yang diperkatakan olehnya dan beri respon yang sopan terhadap segala persoalan dan perbualan di antara anda berdua. Berikan sedikit pujian terhadap baju yang si dia kenakan, contohnya “Warna merah amat sesuai dengan awak” ataupun “Di manakah awak membeli jam tangan ini? Saya nak belikan satu untuk ibu saya”. Nampak seperti perkara kecil bukan? Namun ianya meninggalkan impak yang besar kepada pasangan temujanji anda.

Sudah puas bertemujanji? Sekarang tiba masanya untuk merancang temujanji seterusnya! Bincangkan gambaran tentang temujanji berikutnya, samada mahu pergi ke pantai atau simply melawat saudara terdekat yang kurang sihat. Anda boleh lihat respon yang diberikan waktu ini. Jika dia betul-betul sukakan anda, responnya haruslah sangat positif untuk berbincang akan temujanji berikutnya.

Ulasan