KAIJU NUSANTARA
Siri - 4
Saktimuna
Ular Gergasi yang digeruni disekitar Langkasuka,Kedah Tua,Sumatera hingga ke Perak....
Keganasan saktimuna mula direkodkan ketika era Sang Sapurba dimana ketika mula2 baginda mendarat dibumi Nusantara dan diterima sebagai Raja...baginda diminta untuk menangani Ular Gergasi ini...Maka baginda segera memerintah Panglimanya, Permasku Mambang menggunakan Pedang Sakti Cura Simanjakani.....namun Permasku Mambang tidak mampu membunuh saktimuna, sebaliknya hanya mampu mencederakan dan menghalau Saktimuna ke Utara Kedah Tua....
Setelah pulih Sekian lama, Saktimuna meneruskan keganasannya diWilayah Kedah hingga memaksa Raja-raja Negeri Kedah mengorbankan seorang puteri Kerabat Di Raja kepada saktimuna di Langkawi apabila seorang Raja baru naik takhta kerajaan atau berbangkit satu peperangan dengan sebuah negeri yang lain".
Sebagai balasan pengorbanan ini, saktimuna itu hanya memakan orang-orang Siam dan orang-orang Mergui. Bukan sahaja ia tidak memakan orang-orang Kedah tetapi juga menjaga rumah tangga mereka; ada kalanya ia merentang diri di pintu pelabuhan (kira-kira dua batu luas) supaya mempertahankan angkatan laut musuh masuk menyerang.
Selepas beberapa tahun orang-orang Negeri Kedah berhenti membuat pengorbanan itu. Saktimuna itu pun jatuh marah lalu mulai memusnahkan negeri dengan memakan rakyat-rakyat dan kerbau lembu. Tidak ada siapa pun dalam negeri yang boleh memujuk dan menahan perbuatannya.
Keganasan Saktimuna berterusan diEra Langkasuka hingga memaksa tentera2 elit Langkasuka menggunakan Gajah2 Perang dan Unit Kuda Semberani merempuh sarang Saktimuna dari Darat dan udara...
Pengaruh Saktimuna berterusan diNegeri Perak...dimana Sultan yg pertama ditabalkan diBeting Beras akan membaca Mantera "Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka"......
Riwayat Saktimuna disakan berakhir ketika era Pendudukan Jepun, Sewaktu pemerintahan Jepun, dikatakan ketika itu kerap berlaku kejadian aneh yang mana orang kerap hilang di satu kawasan yang dikatakan berdekatan dengan kawasan penempatan kem tentera Jepun. Jadi, pegawai pemerintah tentera Jepun pun mengarahkan pasukan rondanya untuk pergi meninjau di kawasan tersebut yang dikatakan amat tebal dengan hutan dan juga berbukit
Namun tidak pulang2, menyebabkan Pegawai tentera mengarahkan 50 Skuad penjejak mengesan kehilangan kumpulan peronda yg hilang...ketika sampai ditengah hutan, mereka menemui padang rumput yg cantik dihadapan gua...disitu mereka menemui ratusan rangka manusia, dan terlihat kelibat sepasang mata bersaiz bola sepak....Pasukan tentera Jepun tidak berlengah melepaskan tembakan dan bom tangan bertubi2 hingga kelibat Ular Gergasi bersaiz keretapi Keluar dari sebalik gua....Tentera Jepun terus melepaskan Tembakan RPG membunuh ular tersebut....seluruh bukit dan gunung telah dibom dan diruntuhkan bagi menutupi bangkai ular tersebut....
Kisah ini telah direkod oleh seorang Penulis British ketika itu...
Adakah Saktimuna meninggalkan waris??
Wallahualam

Ulasan
Catat Ulasan