Penginapan Romantik Untuk Bulan Madu di Mauritius

Penginapan Romantik Untuk Bulan Madu di Mauritius

Mauritius ibarat sebuah syurga di Lautan Hindi. Siapa saja yang sampai ke sini pasti tidak akan bosan. Terdapat sebuah taman negara yang benar-benar menakjubkan di Pulau ini, sesuai dengan lokasinya yang dikelilingi  oleh hutan tropika di mana terdapatnya pelbagai jenis hidupan liar. Para pengunjung juga boleh menerokai taman marine dengan menggunakan bot, snorkling atau skuba. Airnya sangat jernih sehingga menampakkan bermacam hidupan dasar laut yang unik.
Pantai di Mauritius memang tidak dapat dinafikan ianya sangat cantik. Kepada penggemar pantai, semestinya mereka akan meluangkan banyak masa di persisir pantai untuk menikmati hembusan angin dan desiran ombak lebih-lebih lagi pada waktu senja.  
Antara penginapan terbaik di Maurius adalah Constance Le Prince Maurice. Ianya merupakan hotel mewah yang menyediakan pakej bulan madu paling romantik di pulau ini. Le Prince Maurice menyediakan suites dan villa yang direka dengan konsep moden dan mewah dengan lantai kayu yang berkilat dan perabot-perabot kayu mahal demi menjamin keselesaan pengunjung. Selain itu, setiap suites dilengkapi dengan private pool dan secluded garden.
Seterusnya Le Touessrok. Ianya adalah sebuah pulau persendirian yang exclusive.  Di sana terdapat sebuah villa yang dikelilingi dengan hutan dan spa yang terbaik di Mauritius yang menawarkan rawatan Ayurvedic.
Hotel 20˚ Sud adalah penginapan yang paling unik di Mauritius. Hotel ini menyediakan bilik yang tidak terlalu besar namun ianya adalah hotel yang romantik. Apa yang istimewanya adalah hotel ini memberikan perkhidmatan yang setara dengan hotel lima bintang. Cuma terdapat 35 buah bilik dan suites sahaja. Di sini, anda boleh menikmatai makan malam di rumah Gabenor pada abad ke 19 atau menikmati hidangan dengan suasana pada tahun 1920 an.
Di Maurius juga terdapat Self Service House (Rumah Layan Diri). Bermakna, pasangan pengantin perlu menyediakan makanan dan mengemas rumah sendiri. tiada staf yang akan datang ke rumah anda melainkan anda memanggilnya. nelayan akan menghantar hasil tangkapan ke rumah anda jika anda membuat permintaan. Harga yang ditawarkan untuk sebuah rumah ialah 366 dolar untuk satu malam. Rumah ini terletak berhampiran pantai dan pastinya rumah begini yang anda idamkan untuk hidup berdua dengan pasangan anda.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk datang ke Mauritius? Pastinya pada bulan Jun hingga September. Sepanjang bulan Jun, Julai, ogos dan September suhu di Mauritius sekitar 20˚C. Ini adalah masa terbaik untuk menikmati bulan madu di tempat secantik Mauritius.

Ulasan