Panduan Merancang Bulan Madu di Maldives
Mengapa ramai yang mengimpikan berbulan madu di Maldives? Adakah kerana jatuh cinta dengan gambar-gambar yang terdapat di alam maya? Benarkahkah Maldives secantik itu atau hanya sekadar kesan teknologi canggih? Anda perlu ke sana sekali untuk memastikan kebenarannya.
Maldives merupakan sebulan pulau ekslusif yang terpencil. Sebelum pesawat anda mendarat, anda boleh menikmati pemandangan Maldives dari udara. Sangat menakjubkan! Kristal lagun yang sangat jelas, terumbu karang, pasir yang memutih dan pokok palma yang membarisi pantai menyambut kehadiran anda. Dan apabila anda mendarat di Maldives, anda boleh menganggap anda dan pasangan adalah pengantin syurga.
Setiap resort terletak di pulau persendirian yang mana anda perlu menaiki bot atau teksi laut untuk ke sana. Vila-vila atas air adalah ikon yang sangat popular yang menjadi antara tarikan utama pengunjung. Bila lagi nak merasa tinggal di atas air dengan akses langsung melalui laut jika bukan pada percutian bulan madu anda? Setiap vila yang ditempah untuk bulan madu akan dipersiapkan menjadi sebuah penginapan yang paling romantik. Kebiasaannya vila-vila di sana dilengkapi dengan kolam persendirian.
Pasangan bulan madu di Maldives juga berpeluang menikmati makan malam yang diterangi dengan cahaya lilin di bawah langit yang penuh bintang. Pengalaman ini pastinya akan menjadi pengalaman yang terindah sebagai permulaan perkahwinan. Selain itu, setiap pasangan boleh mengisi masa mereka di Maldives dengan melakukan aktiviti sepperti scorkeling, menyelam, skuba, rawatan spa dan berkhelah di pulau yang tak berpenghuni. Aktiviti-aktiviti ini membantu setiap pasangan melepaskan tekanan setelah berbulan-bulan melakukan persiapan untuk perkahwinan mereka.
Waktu yang tepat untuk anda pergi berbulan madu di Maldives adalah diantara bulan November dan April iaitu ketika musim panas dan kering. Pada bulan Mei hingga September adalah musim hujan tetapi suhu di sana sekitar 32˚C secara puratanya. Jika anda sering memikirkan akan risiko hujan lebat dan kekangan untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik ketika berbulan madu, Mei hingga September bukanlah waktu yang terbaik. Waktu yang selamat adalah November hingga April. Anda harus bijak membuat keputusan bagi menyelamatkan percutian bulan madu anda.
Berapa lamakah masa yang sesuai untuk percutian bulan madu di Maldives?
Jika anda sememangnya mahu menikmati percutian bulan madu anda sehabis mungkin, tempoh yang sesuai adalah seminggu sepuluh hari. Dengan itu, anda boleh mencuba bermacam-macam aktiviti yang di sediakan di Maldives dan membawa kenangan berbulan madu anda pulang ke tanah air.
Di Maldives terdapat lebih tiga puluh buah pulau persendirian yang menyediakan pelbagai konsep penginapan. Anda hanya perlu pilih. Setiap penginapan pastinya menjanjikan keselesaan, suasana yang romantik untuk pasangan pengantin baru dan yang paling penting ianya memberikan anda pengalaman menginap di atas air. Bawalah seseorang yang anda cinta ke pulau impian ini dan cipta memori bersama.
Ulasan
Catat Ulasan