Jangan Rosakkan Date Pertama Anda dengan 5 Perkara ni!!

ANDA NAK KELUAR UNTUK Date PERTAMA? Hindarkan diri dari PERKARA-PERKARA INI!


Jika ini kali pertama anda mahu keluar bertemujanji, kemungkinan besar anda akan bertanyakan Encik Google tentang perkara-perkara seperti "Apa yang perlu dipakai pada temujanji pertama", "Perbualan yang sesuai pada temujanji pertama", atau mungkin "Nak makan apa pada temujanji pertama". Tidak dinafikan tips yang dinafikan sangat berguna, tetapi pernahkah anda terfikir apakah perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan pada temujanji anda?


Nah! Kami sajikan beberapa perkara penting yang selalu terlepas dari pandangan anda (dan kami semestinya) yang tidak seharusnya anda lakukan sewaktu bertemujanji bagi meninggalkan pandangan yang positif kepada pasangan anda.


1. JANGAN TAKUT KATAKAN TIDAK
Tiada siapa, diulangi TIADA SIAPA yang sukakan seorang pasangan yang suka memaksa. Jadi jika pasangan anda mengajak anda ke sebuah restoran sushi dan anda bukanlah seorang penggemar (atau mungkin langsung tidak makan) sushi, tidak susah pun untuk memberitahu. Ianya bakal menjadi lebih janggal apabila anda menerima pelawaan tersebut, tetapi bila sudah sampai ke sana, anda tidak makan apa-apa. Semuanya sebab anda tidak berterus terang pada awalnya. Si dia pun bakal berasa janggal makan keseorangan di hadapan pasangan temujanjinya.


Sama juga situasinya apabila pasangan bertanyakan apakah yang harus anda berdua pesan untuk makan, JANGAN SESEKALI katakan "saya tak kisah" atau "apa-apa pun boleh". Menyuarakan pendapat bukan bermakna anda seorang yang bossy - ianya berkenaan dengan keyakinan - dan kebanyakan orang melihat itu sebagai suatu tarikan. Ingat, perbincangan kecil adalah penting untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya!


2. JANGAN LAMBAT KE LOKASI TEMUJANJI
Pada temujanji pertama, anda akan berjaya set a good impression jika anda muncul pada masa yang dijanjikan. Ianya nampak mudah, tetapi ramai yang telah gagal muncul on time pada temujanji pertama. Kita sedia maklum temujanji pertama amat mengujakan, jadi perlulah nampak segak dan menawan di mata pasangan. Tetapi janganlah sampai lambat ke tempat temujanji. Sebaliknya anda boleh setkan alarm lebih awal untuk bersiap, memilih baju yang sesuai, menggayakan rambut, mengenakan aksesori yang cantik dan sebagainya. Jika temujanji anda pada pukul 10 pagi, masa yang anda ambil untuk bersiap ialah 2 jam, takkan anda nak bangun pukul 9 pagi kan? Tiada alasan!



3. JANGAN SELALU MELIHAT TELEFON
Ini salah satu perkara yang selalu diambil ringan, dan ianya amatlah TIDAK SOPAN! Tidak menjadi satu kesalahan untuk memeriksa telefon anda, tetapi 2 minit sekali? Biar betul? Anda harus ingat apakah fokus anda pada sesebuah temujanji, iaitu pasangan temujanji anda! Bukannya kawan-kawan yang mengajak berbual di aplikasi Whatsapp atau menulis komen pada gambar adik anda di Facebook. Amatlah kurang sopan membiarkan pasangan temujanji anda bercakap seorangan sambil anda asyik merenung skrin telefon dan tersenyum keseorangan. Jadi apa salahnya jauhkan telefon anda dari pandangan, letakkan di dalam beg tangan atau poket, dan tumpukan perhatian pada perbualan. Tidak salah untuk nampak sedikit matang, boleh saja anda curi lihat ke skrin telefon ketika si dia meminta diri ke bilik air atau pergi mengambil tisu.


4. JANGAN CUBA MEMBUKTIKAN DIRI ANDA
Apa yang dimaksudkan di sini ialah jangan sesekali memberitahu pasangan temujanji anda berkenaan hal ex anda yang anda rasakan selalu salah, kisah temujanji lepas yang tidak menjadi, atau mungkin bagaimana orang lain hangat memperkatakan rupa anda seiras Megan Fox! Sebaliknya cuba ceritakan pada pasangan temujanji berkenaan pencapaian terbaru anda tentang mengatasi rasa takut untuk bungee jumping, kisah lucu ketika kawan anda jatuh ke dalam swimming pool pada percutian yang lepas atau betapa anda sukakan aktiviti volunteer! Bukankah lebih sopan?


5. JANGAN KONGSIKAN MAKLUMAT BERLEBIH-LEBIHAN TERLALU AWAL
Maklumat berlebihan tentang impian anda untuk berkahwin pada umur 30, lokasi bulan madu di Prague menjadi idaman, atau keinginan anda untuk mendapat anak lelaki sebagai anak pertama, perlukah dikongsikan pada temujanji pertama? Tidak sesekali! Ianya terlalu bersifat personal dan mungkin pasangan temujanji  anda akan memandang anda sebagai seorang yang desperate! Simpan keinginan itu buat masa ini, anda bakal mendapat peluang untuk menceritakan hal-hal ini pada temujanji-temujanji yang seterusnya secara berperingkat.

Ulasan