5 Pulau Menarik Untuk Bulan Madu di Kepulauan Fiji
FIJI sebuah tempat indah yang terdiri daripada 333 gugusan pulau yang menakjubkan bertitik di seluruh Selatan Pasifik. Ianya sebuah tempat yang tenteram dengan laut membiru, burung-burung tropika yang berkicau siang malam, jauh dari hiruk pikuk kesibukan bandar. Bertapa beruntungnya warga Australia kerana kepulauan Fiji terletak hanya 3 hingga 4 jam masa penerbangan dari Brisbane, Sydney dan Melbourne. Ya, pasangan dari Australia mempunyai syurga tropika yang terletak benar-benar di hadapan pintu mereka.
Sebaik anda tiba di lapangan terbang di tanah besar, anda boleh memilih untuk tinggal di mana-mana resort indah berdekatan pantai atau menginap di Denaru Island yang hanya 20 minit dari lapangan terbang. Denaru Island adalah kawasan peranginan yang ekslusif. Hotel-hotel di sana bertaraf lima bintang standard antarabangsa. Ramai yang memilih untuk menginap di sana sepanjang tempoh berbulan madu.
Kepulauan Fiji adalah tempat yang sangat sesuai untuk percutian bulan madu. Setiap pasangan yang memilih kepulauan Fiji sebagai destinasi bulan madu mereka berpeluang untuk tinggal di sebuah ‘bure’ mewah iaitu sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu dan pelepah. Ianya diilhamkan oleh penduduk tempatan namun rekaan ini mampu membuatkan semua orang terpegun kerana ianya sangat cantik dan selesa. Apa yang istimewanya, pondok ini dekat dengan pantai dan anda boleh menikmati angin petang di tepi tingkap mengadap laut yang membiru sambil melihat keindahan matahari terbenam.
Kesempatan itu juga perlu dimanfaatkan dengan mempelajari keindahan budaya penduduk tempatan disekitar kepulauan Fiji dan sejarah tempat berkenaan. Anda mungkin berkesempatan untuk menyaksikan tarian, nyanyian, seni kraf tangan dan tradisi yang unik di sana.Jangan sampai ketinggalan untuk merasai makanan-makanan lazat di pulau utama Fiji iaitu Viti Levu.
Di sana juga terdapat sebuah pulau yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun. Pulau itu dikenali sebagai Pulau Mamanuca yang terletak tidak jauh dari tanah besar. Pulau Mamanuca menyediakan banyak resort merangkumi pelbagai bajet. Tidak hairanlah jika pulau Mamanuca menjadi destinasi kegemaran kepada pasangan yang berbulan madu, percutian dengan keluarga mahupun percutian solo.
Selain Pulau Mamanuca, Pulau Yasawa juga menjadi destinasi utama berbulan madu ke Fiji. Pulau Yasawa ini terkenal dengan pasir yang putih dan aiir yang sangat jernih. Di pulau ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Contohnya, belayar meneroka laut, snorkeling, menyelam, skuba dan bermacam-macam lagi. memandangkan Yasawa terkenal sebagai destinasi bulan madu, maka penginapan yang disediakan di sana kebanyakannya berkonsep mewah dan romantik.
Jika anda adalah jenis pasangan yang suka untuk berjiwa dekat dengan alam semula jadi, anda patut pergi ke Taveuni 'Garden Island’. Di sana terdapat hutan yang subur dan anda mungkin berpeluang mendaki Fiji Taveuni. Walau bagaimanapun, salah satu tarikan terbesar di Taveuni adalah menyelam bertaraf dunia. Anda boleh melihat terumbu karang yang tidak pernah diganggu dan pelbagai warna hidupan laut. Taveuni adalah destinasi bulan madu yang sempurna untuk pasangan yang suka menyelam bersama-sama.
Akhir sekali, jika anda dan pasangan tidak sabar-sabar untuk pergi ke pantai yang sepi di mana beberapa pelancong pernah meneroka, Lau Island adalah tempat yang mesti dilawati. Di sana, hanya terdapat beberapa pilihan penginapan, dan anda tidak bebas untuk bersiar-siar seperti di pulau lain. Namun untuk mengabadikan detik bersama dan bergambar, Lau Island adalah tempat yang paling sesuai.
Anda pasti tidak akan menyesal memilih kepulauan Fiji sebagai destinasi bulan madu. Kerana Fiji memiliki tanah yang subur, hutan hujan yang menghijau, pantai yang putih bersih, kawasan pergunungan yang cantik, lagun biru dan terumbu karang yang menjadikan Fiji sebagai destinasi percutian yang romantik.
Ulasan
Catat Ulasan