Cinta Media Sosial? 5 Perkara yang Anda Perlu Ketahui

worthington 1 (1)_1.jpg
FAKTA TENTANG MEDIA SOSIAL DAN PERHUBUNGAN DALAM TALIAN
(ONLINE RELATIONSHIP)




Kita sedia maklum bahawa dewasa ini banyak laman-laman media sosial yang tumbuh seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Namakan sahaja, pasti kita mempunyai akaun di laman tersebut kan? Fakta membuktikan bahawa sebahagian besar daripada kita mula berkenalan dan membina perhubungan melalui laman sosial ini. Terima kasih pada laman sosial ini jugalah, kita berkesampatan bertemu dengan pasangan sejiwa kita walaupun seorang menetap di Kuala Lumpur, seorang lagi pula nun jauh di Kuching. Segalanya bermula dengan satu tweet yang sangat cliche dan akhirnya bertukar kepada panggilan telefon dan video chat di aplikasi Facetime.

Sedang kisah cinta jarak jauh kita nampaknya membuahkan hasil, ada juga yang menemui kegagalan. Biasa kita dengar orang berkongsi kisah-kisah kegagalan mereka dalam menjalinkan hubungan di laman sosial. Cinta ialah keinginan setiap jiwa, sehingga setiap lagu dan bait lirik yang didengar terbayang di fikiran akan si dia yang kita rindui. Lumrah manusia untuk mencari seseorang yang selesa kita ceritakan segala masalah kepadanya.






KEBENARAN : MEDIA SOSIAL BUKAN LAMAN BERTEMUJANJI

Gembira sungguh rasanya apabila mendapati ada yang menemukan jodoh di laman sosial. Tetapi jika ini ialah tujuan utama anda mendaftarkan diri, anda mungkin bakal dikecewakan. Jika anda benar-benar ingin bertemu pasangan anda dalam talian, dinasihatkan supaya anda cuba laman-laman khas mencari pasangan, bukannya laman sosial. Di sana sudah tentu pengguna-pengguna lebih fokus kepada mencari pasangan jika hendak dibandingkan dengan laman media sosial yang secara umumnya lebih menekankan kepada perkongsian idea dan berkawan secara kasual.




BUKAN SEMUA MENUNJUKKAN SIFAT SEBENAR MEREKA DI LAMAN SOSIAL

Jangan jatuh ke dalam perangkap media sosial dengan mempercayai bulat-bulat segala yang dikongsikan oleh seseorang yang baru kita kenal di media sosial. Kebanyakan orang cenderung untuk berpura-pura supaya mudah disenangi oleh ramai pihak dan mendapat follower yang ramai. Kekecewaan yang terbesar bakal dirasakan apabila begitu mudah anda jatuh hati dengan ayat-ayat manis, atau mungkin juga hanya dengan melihat profile picture sahaja! Sebaliknya ambillah masa untuk mengenali hati budi masing-masing. Seeloknya ajak mereka untuk berjumpa supaya penilaian kita lebih rasional sebelum meneruskan perhubungan ke peringkat seterusnya.




PROSES YANG SEHARUSNYA DIIKUTI DALAM PERHUBUNGAN

Laman media sosial merupakan sebuah platform yang baik untuk menghasilkan perhubungan, tetapi anda haruslah bijak! Lebih bijak lagi jika anda membawa hubungan ini di hadapan mata bagi mengenal pasti adakah diri anda dan pasangan benar-benar serasi. Anda bakal rasakan sesuatu yang tidak dapat anda rasa sewaktu berhubungan dalam talian, keikhlasan dan keseronokan berjumpa itu sendiri. Malah anda mungkin juga dapat merasakan jodoh itu sudah dekat apabila kerap kali berjumpa, siapa tahu!









IKUT KATA HATI, TETAPI JANGAN LUPA GUNA AKAL

Percayalah, akan ada yang mempertikaikan hubungan anda dengan si dia terutama jika mereka tahu anda berkenalan di laman sosial. Walau apa yang diperkatakan, pilihan di tangan anda! Sila pastikan anda sentiasa rasional dalam membuat keputusan dan sentiasa berjaga-jaga. Kadang-kadang perasaan cinta tanpa pemikiran yang arif boleh menggelapkan mata anda dalam membuat keputusan. Sentiasalah memastikan perkara-perkara ini sebagai langkah berjaga-jaga :

  1. Pasangan anda seharusnya sanggup untuk menerima panggilan telefon dan sanggup berjumpa dengan anda in public.
  2. Pasangan anda seharusnya sanggup berkomunikasi secara visible di ruangan komen dan boleh dilihat orang lain, bukan hanya di mesej personal atau direct message.
  3. Pasangan anda tidak sepatutnya meminta anda mengeluarkan wang sebelum berjumpa dengannya. Jika ada, anda sudah boleh tanda red flag!




PERCAYA KEPADA NALURI ANDA

Ramai orang mengagumkan yang boleh anda temui di laman sosial tetapi haruslah anda ingat, ada juga di kalangan mereka yang boleh mengambil kesempatan kepada anda dan kelemahan anda. Hanya kerana mereka dengan aktifnya membuat perkongsian berkenaan hal peribadi mereka dan juga pengetahuan umum, tidak bermakna mereka ini harus anda percayai 100%. Jika naluri anda mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, jangan berlengah lagi. Lakukanlah sedikit siasatan sebelum anda terus berkomunikasi dengan mereka. Soal hati bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan terutama jika ianya bertukar kepada sesuatu yang tidak diinginkan. “Putus” bakal mengganggu emosi anda dan perkara ini bukanlah sesuatu yang anda inginkan dalam menjalinkan sesuatu perhubungan.














BERLAKU JUJUR : HONESTY IS THE BEST POLICY

Jadilah diri anda sendiri! Tidak kira apakah tujuan anda mendaftarkan diri pada laman media sosial, berlaku jujur adalah sesuatu yang sangat dipandang mulia. Tidak akan pernah ada isu untuk anda bersua muka dengan teman dari laman sosial anda secara berhadapan sekiranya anda ialah orang yang sama ketika berada di dalam talian. Sesetengah pihak berasa cemas untuk berdepan dengan teman dari media sosial mereka kerana apa yang mereka katakan di laman sosial adalah bertentangan dengan sifat mereka yang sebenar.

Berlaku jujur sangatlah penting di dalam membina kepercayaan di dalam perhubungan di luar jangkauan media sosial itu sendiri. Kita telah biasa melihat ramai pasangan yang berkenalan di media sosial berakhir di jinjang pelamin, atas dasar kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain. Inilah yang kita inginkan di dalam menjalinkan sebuah hubungan yang diharap berkekalan, bukannya dibina di atas sifat kepura-puraan.


Selamat mencari, with cautious of course!

Ulasan