Ada Apa Di Greece untuk Honeymoon?

5 Sebab Greece Menjadi Destinasi Terbaik Untuk Berbulan Madu

Greece adalah sebuah negara yang terletak di selatan timur Eropah. Greece sangat popular sebagai tempat pelancongan. Walaupun negara tersebut mengalami krisis hutang baru-baru ini, namun ianya bukanlah penghalang kepada pelancong dari luar untuk datang menikmati keindahan di sana. Sehingga kini Greece masih menerima suku juga pelancongan setiap tahun.
Greece memiliki beribu buah pulau di sekitar laut Aegean dan Ionian.  Sejak dahulu lagi Greece sememangnya terkenal sebagai negara yang memiliki pantai yang cantik seperti Lindos Beach, Saint Pauls beach dan Myrtos beach yang mana air lautnya bewarna biru dan turquoise menjadikan pantai itu kelihatan seperti kek marble.
Lebih dari itu, terdapat pelbagai rekaan bagunaan yang cantik di sana. Bulan madu di Greece menjanjikan kelainan buat setiap pasangan di mana setiap pasangan dapat menyelami cara hidup tamadun purba dan juga budaya hidup moden masyarakat di sana. Pada waktu senja, anda boleh duduk di tangga Accropolis atau tepi pantai sambil menyaksikan matahari terbenam. Pemandangannya sangat cantik dan pasti anda tidak dapat melupakannya.
Percutian di Greece akan menjadi lebih seronok apabila anda bercampur dengan masyarakat setempat di sana. Meraka akan membawa akan seperti kembali ke zaman lampau dengan sambutan ala-ala purba yang mereka berikan. Penduduk di sana sangat ramah dan baik hati. Anda tidak akan rasa terasing berada di Greece.  Makanan Greek juga mudah diterima oleh orang luar. Kemana saja anda pergi dalam negara tersebut, anda pasti tertarik dengan makanan di sana.
Kemuncak bulan madu anda di Greece adalah ketika melawat Athens.  Kebanyakan tempat penginapan yang disediakan di sana bukan saja romantik malah mampu membawa jiwa dekat dengan alam terutamanya pada waktu malam. Anda boleh menikmati keindahan langit yang penuh dengan kerlipan bintang sambil mendengar alunan muzik.
Di luar kehidupan bandar, anda boleh juga menerokai pulau-pulau Yunani yang berselerakan di sekitar lautan Aegina. Anda harus menjelajah ke sekitar Aegina dan Crete memandangkan setiap pulau di sana  menjanjikan anda pengalaman yang unik. Gabungan unsur sejarah dan pemandangan yang indah  pada waktu malam di kota kosmopolitan itu memberi ketenangan kepada setiap pengunjung yang datang ke sana.
Terlalu banyak tempat menarik di dunia ini yang mampu memberikan anda pengalaman dan kepuasan berbulan madu. Namun Greece adalah antara destinasi terbaik bukan saja kerana latar tempat yang berkonsepkan cinta dan menakjubkan malah kaya dengan budaya dan sejarah. Percutian bulan madu di Greece amat sesuai bagi pasangan yang gemar meneroka, bersosial dan mempunyai jiwa yang dekat dengan alam semulajadi.



Ulasan