Kaiju Nusantara- Siri 2- Seri Gummum

Siri - 2

SERI GUMMUM 
Makhluk pemusnah gergasi yang melakukan kemusnahan dibumi Pahang..
Sebaik menewaskan Sang Penjaga, Daik...pasangan Daik,Seri Pahang meninggalkan sarang untuk menjejaki Daik namun tersadai dilaut selepas diserang Seri Gumum....

Berita kematian Seri Pahang telah diketahui Istana.....selepas mengadakan ritual penuh adat istiadat di raja ....maka Sultan Pahang memanggil pembesar-pembesar negeri....membincangkan hal kedudukan Seri Pahang dan Seri Gummum.Perbincangan itu penting bagi membincangkan Seri Gummum, yang sedang bertapa di Tasik Chini selepas menewaskan pasangan "Penjaga" itu.... Sultan Pahang berasa amat gusar sekiranya Seri Gummum akan keluar dan melakukan kemusnahan Sekali lagi,dan ia boleh membawa kemusnahan yang lebih besar...

Saiz Seri Gummum dikatakan sangat besar dimana bahagian kepalanya adalah terletak di Teluk Cempedak,bahagian badannya pula memanjang sehingga lah ke tasik Cini.manakala bahagian ekornya pula hingga ke Kota Gellanggi....itulah yang mengusarkan Sultan Pahang,sekiranya Seri Gummum keluar dari kawasan pertapaannya.

Setelah berbincang dengan pembesar-pembesar negeri ....maka mereka telah mengambil keputusan meminta jasa baik Laksamana Hang Tuah membantunya dalam mengatasi masalah tersebut....ini pada pendapat pembesar-pembesar negeri Laksamana Hang Tuah sahaja yang boleh,yang mempunyai ilmu Allah....pewaris ilmu Allah yang dimiliki oleh Iskandar Dzulkarnain.

Maka Sultan Pahang memberi utusan kepada Sultan Melaka supaya membenarkan Laksamana Hang Tuah membantu kerajaan negeri Pahang. Apabila utusan sampai ke negeri Melaka maka Sultan Melaka menintahkan kepada Laksamana Hang Tuah untuk pergi ke Pahang membantu kerajaan di sana.

Laksamana Hang Tuah pun menjalankan tugasnya....sebagaimana Yaajuj dan makjuj di tutupi oleh Iskandar Dzulkarnain....begitulah juga yang dilakukkan oleh Laksamana Hang Tuah. Timbullah beberapa daratan seperti Bukit2 kecil di atas badan Seri Gummum....tidak bergeraklah Seri Gummum di situ....sehinggalah pada masa yang tertentu.Seri Gummum yang masih bertapa di situ meneruskan pertapaannya sehingga lah ia bersisik emas....pertapaannya yang sudah bersisik emas tamat barulah ia boleh keluar....itulah perjanjiannya dengan Laksamana Hang Tuah.Sebagai tanda yang Laksamana Hang Tuah telah menjalankan tugasnya ia telah menyerahkan sekeping sisik di badan Seri Gummum yang masih bersisik besi....sebesar dulang sebagai tanda kepada Sultan Pahang....yang Laksamana Hang Tuah telah menjalankan tugasnya. Sehingga sekarang sisik itu masih berada dalam simpanan Sultan Pahang yang ada diIstana

Bilakah Seri Gummum keluar? Wallahualam

Ulasan