Lagi Kemalagan Di LPT2

UPDATE: Pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 393.8 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Hulu Terengganu, 8 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, Razali Ahmat @ Sebulik, 39, dari Taman Puteri Indah, Batu Pahat meninggal dunia di tempat kejadian manakala maklumat peribadi kelindannya belum diketahui.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu dari arah Bukit Besi, Dungun, menghala ke Ajil terbabas ke sebelah kiri jalan.
"Pemandunya maut di tempat kejadian dan seorang lagi mangsa (kelindan) cedera dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Ulasan