Boleh Kahwin Dengan Perogol? Putar Belit The Star

Jari Jahat Media Untuk Jatuhkan Islam
Aku kerja di parlimen. Aku dengar dgn teliti ucapan YB Shahabuddin Yahaya, MP Tasek Gelugor semasa perbahasan usul untuk memasukkan klausa mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur 18 tahun dlm akta kesalahan seksual kanak-kanak.
YB Shahabuddin merupakan mantan hakim mahkamah syariah. Dia jelaskan tadi, melalui enakmen negeri, perkahwinan bawah umur dibenarkan dengan syarat diberi kebenaran mahkamah. Maknanya, mereka hanya boleh berkahwin selepas hakim mahkamah syariah membuat pertimbangan mengikut keadaan yang dirasakan wajar oleh hakim tersebut.
Dan bila dibaca artikel The Star ni, langsung tidak dinyatakan hujah berkaitan kebenaran dari hakim tersebut. Berkenaan umur 9 tahun yang dinyatakan, YB Shahabuddin memberi gambaran bahawasanya seseorang perempuan itu sampai akil balighnya ada yg seawal usia 9 tahun. Hujahnya sekadar memberi contoh ttg pengalaman sebagai seorang hakim; seseorang yg sudah akil baligh, secara asasnya mereka sudah boleh berkahwin. Tetapi ianya hanya terpakai selepas hakim meneliti perkara itu dgn sewajarnya dgn mengambil kira perkara-perkara lain.
Berkaitan perogol yg berkahwin dgn org yg dirogol, jelas dalam awal ucapannya, dinyatakan rogol adalah jenayah. Si perogol perlu dihukum mengikut peruntukan undang-undang. Tetapi ada byk kes, perogol berkahwin utk tutup kes. Pihak polis bertindak mengikut laporan polis. Kalau tiada laporan polis, atau laporan polis ditarik, bermakna tiada kes utk disiasat sbb org yg mendakwa dirogol telah menarik balik laporan yg dibuat. Tanggungjawab itu berbalik semula kpd tanggungjawab wali. Harus diingat juga, apa-apa hubungan seks dgn kanak-kanak bawah umur, walaupun hubungan suka sama suka, akan turut dikira sebagai rogol.
Jadi kepada The Star Online, silalah berintegriti dalam reporting anda. Bila hendak quote seseorang, quote lah sepenuhnya. Jangan menulis sehingga memberi gambaran salah. Itu tidak betul.

Ulasan