Idea Untuk aktiviti Dating. Jangan Jadikan ia Bosan

Makan malam di restoran kegemaran, menonton wayang, window shopping di pusat beli belah, anda panggil ini semua sebagai sebuah temujanji? Fikirkan semula! Temujanji memerlukan sesuatu yang dinamakan "variasi" untuk memastikan hubungan intim anda dan pasangan tidak pudar. Apa salahnya anda fikirkan sesuatu yang menyeronokkan, diluar kebiasaan temujanji itu sendiri. Barulah anda dapat merasakan suatu keterujaan di dalam menjalin hubungan yang sihat, dan yang paling penting, tidak membosankan!


Jadi apakah idea temujanji diluar kebiasaan anda? Di sini disenaraikan beberapa idea temujanji awesome yang patut anda (dan kami) cuba, yang mungkin akan membawa hubungan anda dan pasangan ke satu tahap yang (kami doakan) berbeza!



1. STARGAZING star_gazing_couple.jpg
Biasakan diri anda dengan kosmos! Anda tidak semestinya perlu mendalami ilmu astronomi untuk mencari si Biduk dan si Belantik di celahan bintang-bintang yang bersinar. Kendalikan satu permainan mencari bentuk zodiak di angkasa, percayalah ianya sangat menyeronokkan. Ada banyak lokasi yang boleh anda pilih untuk aktiviti stargazing. Bukit Ampang merupakan salah satu lokasi pilihan warga kota untuk aktiviti ini. Bayangkan diri anda bersama pasangan, ditemani cahaya bintang dan sembang kecil, secawan kopi panas dari coffee house berdekatan menghangatkan suasana. Sangat bermakna!






2. MENYELAM DI PASAR KARAT
Percaya atau tidak, pasar karat terbukti berjaya membangkitkan memori masa silam. Terdapat banyak variasi barangan antik dan rare, pakaian dan perabot terpakai, mainan dan sebagainya dan sebahagian besarnya mungkin pernah anda perolehi sewaktu kecil. Nah, inilah masanya anda kongsikan pengalaman masa silam anda bersama si dia yang kebanyakannya tidak pernah anda ceritakan! Pasti lucu jika anda terjumpa barang permainan waktu kecil anda suatu masa dulu diselangi dengan cerita jatuh parit dan kenangan pasir masuk ke mata sewaktu bermain.


3. AKTIVITI AMAL (VOLUNTEERING)
Apa salahnya menghabiskan hujung minggu bersama insan tersayang dengan aktiviti amal? Bukan sahaja ianya menyeronokkan, malah memberi kesedaran kepada diri tentang kesusahan orang lain. Terdapat banyak aktiviti amal yang boleh anda sertai sekarang seperti "Dapur Jalanan" yang menghidangkan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu kota. Anda juga boleh ke rumah orang-orang tua yang sentiasa menerima kedatangan orang awam dengan hati yang terbuka untuk sekurang-kurangnya mendengar pengalaman dan cerita mereka. Berbakti kepada masyarakat merupakan suatu amalan yang mulia, kongsikan pengalaman ini bersama pasangan anda dan percayalah, ianya mendatangkan kepuasan rohani dan pada masa yang sama bakal mengeratkan lagi hubungan anda bersama si dia.

4. KELUAR DARI KESIBUKAN KOTA
Bosannya menghadap bangunan dan kenderaan di kiri kanan setiap hari! Luangkan sedikit masa bersama pasangan anda untuk keluar dari hiruk-pikuk kotaraya yang sibuk dan mendatangkan stress. Sebenarnya ada banyak aktiviti luar bandar yang boleh anda rancang bersama pasangan seperti camping, hiking, picnic dan sebagainya. Modal pun tidaklah semahal yang anda sangkakan, cukup dengan menuang petrol dan sedikit bekalan buat mengisi perut, aktiviti ini bakal menjadi sangat menarik buat anda yang cintakan keindahan alam. Jangan lupa periksa bateri telefon / kamera anda!

5. IKUTI KELAS MEMASAK

Ada siapa-siapa yang tidak mengidamkan pasangan yang handal di dapur? Tiada bukan? Dan sudah semestinya, two is better than one, termasuklah memasak. Daftarkan diri dan kesayangan anda ke kelas memasak berhampiran. Bagi pihak wanita, jangan ada rasa sangsi bila pasangan anda pertama kali masuk dapur. Percayalah pada si dia, dengan sedikit bimbingan dari tenaga pengajar dan latihan di rumah, dia mungkin akan lebih mahir dari anda. Mungkin juga bisa mengalahkan Gordon Ramsay!

Ulasan